Pages

Saturday, 22 August 2015

KERANA MULUT...

Assalamualaikum...

Kerana mulut badan binasa.. Kata org dulu Kalalah... Betulkah..??

Bagi aku, mulut ni banyak sangat function nya selain dari mengunyah untuk mengenyangkan perut kita, mulut juga fungsi utamanya adalah untuk bercakap.. Betul tak..??

Sangat betul !!

Tapi sesetengah orang sangat suka menyalahgunakan kelebihan yang ALLAH bagi. Mulut ni kalau kita gunakan untuk menegur sebarang perbuatan yang salah, baik fungsinya. Tapi kalau digunakan untuk membawa mulut bercerita hal sana sini da apa kes...?? Bercerita pulak perkara yang boleh memecah belahkan silaturrahim sesama manusia. Cerita benda yang tak betul pulak tu.. Huhu..

Aku sendiri dah terkena dengan saudara sendiri. Memang saper pun tak kan dapat elak perkara macam ni, mesti semua orang pernah terkena. Tapi aku tak faham, kenapa manusia ni tak pandai menjaga mulut. Kalau tahu suatu perkara tu boleh memecahbelahkan sebuah ikatan silaturrahim, kan bagus kalau cerita tu tidak disampaikan. Diam kan lebih baik. Banyak sungguh syaitan yang menghasut manusia-manusia ni kan sampai nak bezakan baik buruk pun dah tak reti. Bila dah bermasam muka antara dua saudara, makanya menanglah syaitan yang menghasut. ALLAH...

Pesanan aku, wahai manusia.. Jagalah mulut mu, jagalah hati. Kalau hati mu bersih, pasti mulut mu akan bercakap perkara yang baik dan bersih juga. Kalau sudah nyata salah mu pada seseorang yang terluka hatinya hanya kerana bahana percakapanmu, makanya gunakanlah mulut mu juga untuk memohon maaf dan mengambil semula hati mereka..

Last but not least,
Jaga mulut mu, jagalah hati...
Jangan lupa..

Friday, 21 August 2015

KEMBALI

Assalamualaikum..

Bismillah..

Terlalu lama menyepi.. Mungkin aku Cuba mengubati hati sendiri.. Tapi selama mana aku Cuba, semakin ia pedih.. Maka aku lepaskan setiap perasaan itu pergi, pergi jauh dari sanubari ini..

La tahzan, innallaha'maana..

Janganlah bersedih, ALLAH sentiasa ada bersama..

InsyaAllah..

Aku akan kembali menulis.. Menulis setiap rasa, setiap kisah, setiap cerita..
Apa yang akan bakal aku nukilkan di sini mungkin akan mencuit hati insan lain, mungkin... Kalau ada perasaanlah insan-insan tersebut.. Apapun, aku harap selepas ni aku akan lebih kuat semangat dan lebih tabah melalui hari-hari tanpa dia yang aku sayang demi mereka yang aku Sayang.. Keep moving, life must goes on..!!

Friday, 26 June 2015

KEMANAKAH MENGHILANG..??


Assalamualaikum..


Berbulan aku tinggalkan halaman blog ni tanpa sebarang entri terbaru.. bukan tiada idea untuk menulis tapi setiap kali aku mula menaip, tangan akan terhenti sendiri. Fikiran akan buntu.. entah apa aku fikirkan. Hati aku bukan lagi di sini.. walaupun TERLALU banyak yang ingin aku kongsikan. walaupun tiada walau seorang pun follower tapi aku menulis sekadar meluahkan yang terbuku.. umpama ini adalah diari aku saban hari.

Entah kemana jiwa ini menghilang.. selepas aku melalui detik kehilangan besar pada 28 March yang lepas. Ya Allah... separuh jiwa aku pergi bersamanya.. separuh lagi tinggal untuk mereka yang di sayangi. kenapa aku tak sekuat apa yang orang katakan. kenapa aku tak mampu melupakan setiap satu detik pun lirikan senyumannya. kenapa aku seakan tidak dapat menerima apa yang ALLAH tentukan. YA ALLAH....


Sedih aku hanya aku yang tahu.. peritnya hanya aku yang tanggung.. sakitnya hanya ALLAH yang tahu.. Ujian yang DIA turunkan, aku redha melaluinya.. namun hati masih sayang.. sentiasa sayang... dan akan selalu menyayanginya...


 MAK, semoga mak damai di sana... Al-Fatihah..

Saturday, 7 March 2015

SCANDAL

As salam...


Ya Allah.. berhabuk dah blog aku !!! huhu..





Hai semua... apa khabar korang..
aku banyak benda nak update sebenarnya tapi sebabkan dah tua, makanya password pun boleh lupa. Lepas tu, otak aku macam dah tak berfungsi nak berfikir camana aku nak reset balik new password.. Adoii... letihlah nak ingat-ingat password ni.. banyak benda aku nak kena fikir kot... selain dari password ni..



Sebenarnya aku nak share sikit tentang SCANDAL.. ye, scandal yang scandal tu. yang macam mana korang faham apa maksud scandal tu la kan. mungkin entry aku kali ni agak sensitif sikit tapi untuk aku kongsikan bersama orang kat luar sana agar sama-sama di ambil ikhtibarnya,



ok... macam ni, bercakap pasal scandal ni kan banyak yang boleh di kaitkan. aku bagi korang 2 situasi untuk korang sama-sama fikirkan betul atau tak betulnya apa yang aku cuba kongsikan kat sini.


SITUASI 1 :
Ada sesetengah pasangan sekadar mengambil mudah akan hati pasangannya. contohnya, suami yang bekerja dan si isteri pulak suri rumahtangga. Si suami ni sediakan segalanya dengan cukup. setiap keperluan rumah, belanja isteri dan anak-anak tapi dia sentiasa sibuk bekerja. Keluar gelap balik pun gelap. kadang balik isteri dan anak-anak dah tidur. Tiada lagi makan bersama, menonton tv bersama dan sebarang aktiviti bersama-sama. bila suami sibuk seharian sampaikan tiada masa untuk isteri dan anak-anak. Isteri akan rasa sangat-sangat sunyi dan terabai. Anak-anak pulak akan rasa kurang kasih sayang dan perhatian. bila dalam situasi macam ni, dengan teknologi kita padan zaman sekarang ni, bila-bila masa je insan lain akan boleh wujud dalam kehidupan kita. Isteri tak akan teragak-agak untuk mencari perhatian lain. mungkin lelaki-lelaki lain di luar sana akan sentiasa mengambil berat, memuji penampilan dia hari-hari sedangkan suami tak pernah perasan dan mengambil kisah.

mula-mula sekadar upload-upload gambar. upload di facebook, upload di instagram dan upload di wechat. caption pun nak tunjukkan shawl baru beli sebenarnya kat kawan-kawan dunia maya sebab suami tak perasan isteri ada shawl baru, jadi amik langkah berkongsi dengan kawan-kawan. then banyaklah like yang di raih di FB, di Instagram. tak kurang jugak yang komen. di moment wechat pun sama jugak. senyum simpul isteri ni seharian. seronok agaknya sebab ada yang memuji, tak kurang lelaki dan perempuan, ramai yang memuji. kemudian ada pulak yang add friend di FB, yang follow di instagram, yang say hi di wechat. kemudian dapat msg di INBOX, tak kenal tapi say hi nak berkenalan. mula-mula mungkin sekadar sembang biasa, tapi kemudian bertukar-tukar nombor telefon pulak. kemudian esoknya pun sama. sampaikan isteri ni terabaikan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri, mungkin rasa bahagia berputik dalam hati bila ada yang mengambil berat, memuji meluahkan kata-kata manis setiap hari. sedangkan suami hanya balik, makan dan tidur.

bila keadaan macam ni berterusan, ada setengah isteri ni sampai sanggup berkongsikan gambar-gambar yang tak sepatutnya bersama si scandal tu tadi. dah takde dah rasa segan silu. makan pakai anak-anak terabai. rumahtangga tak terurus. si isteri hanyut melayani cinta alam maya. sampai bila situasi ni akan terjadi? terpulang sehingga mana ALLAH tu izinkan, seandainya satu hari di tunjukkan setiap sesuatu perbuatan, siapakah yang akan di persalahkan? adakah si suami yang sibuk mencari harta dunia sehingga terabaikan perasaan isteri dan anak-anak? atau pun si isteri yang mabuk cinta palsu oleh lelaki alam maya dek kerana dahagakan perhatian? kalau sekadar di alam maya, kalau lebih dari itu di bawa ke alam realiti, siapakah yang menanggung dosa di dunia? yang pastinya, perasaan dan hati anak-anak sudah tercela. andai di berikan sedikit ujian seperti ini, dan pasangan ini tersedar dan mengubah setiap yang berlaku segalanya pasti akan kembali jernih malah akan lebih baik. tapi sekiranya tidak, bayangkanlah apa terjadi pada anak-anak, harapan cita-cita dan impian sebuah keluarga bahagia pasti musnah sekelip mata. SubhanaALLAH..

DAN......



SITUASI 2 :

Isteri bekerja kononnya mencari rezeki bagi membantu si suami. Pulang dari kerja pulak, sibuk melayani kerenah anak-anak dan suami, menguruskan rumah, makan dan pakai. Esoknya pun sama, rutin yang sama 5 hari seminggu, Pada mulanya, segalanya berjalan lancar. Suami happy dan rasa sangat-sangat bahagia dengan apa yang di kecapi sekarang. Kemudian, dek kerana ingin lebih si isteri mula menceburkan diri ke dalam dunia perniagaan MLM. mulanya sekadar mengikut kawan sekerja, pergi ke seminar pertama mendengar cermah dari ahli yang lebih berpangkat tinggi. dengar kisah bagaimana kesusahan mereka bertukar menjadi kemewahan dengan hanya sekelip mata. hati mula terusik. kalau orang lain boleh, kenapa tak aku..? kemudian mencuba nasib untuk masuk dan teruja dengan pencapaian orang lain.

bila dah join perniagan macam ni, perjumpaan dan aktiviti-aktiviti mingguan yang di anjurkan pun tentulah kena ikut. adakalanya diorang akan pergi seminar, adakalanya ada kelas-kelas aerobic, kelas-kelas zumba.. sekejap siang, sekejap malam. weekday dah di sibukkan diri bekerja, kadang-kadang bila perlu di habiskan masa untuk berjumpa dengan rakan-rakan niaga untuk perbincangan dan sebagainya. balik jugak agak lewat bila perbincangan tu di habiskan dengan minum-minum. anak-anak terabai, terjaga makan dan pakai. rumah tak terurus, tiada lagi hidangan panas untuk suami di atas meja. tiada lagi gurau senda tika menonton tv bersama, tiada lagi masa duduk mnyemak buku sekokah anak-anak.

si suami berkongsi kisah dan cerita bersama rakan di tempat kerja. kemudian bermulalah kisah suami dan si dia di tempat kerja. bila dari mulanya masa pejabat sehinggalah tamatnya jam 5.30 petang, masa si suami di habiskan dengan membuat kerja sambil melayani si jantung hati. keluar lunch bersama, habis waktu bekerja pulak menyangbung ke agenda yang lain. sehingga ke suatu tahap berani di heretkan ke kamar hotel. tiada lagi ingatan buat si isteri yang sibuk mengejar impian untuk KAYA, malah tiada lagi ingatan buat anak-anak di rumah bersama pengasuh, segalanya di pulangkan pada pengasuh, setiap bulan hulurkan je duit gaji pengasuh. apa nak di susahkan memikirkan hati dan perasaan anak-anak. yang penting si buah hati berada di dalam dakapan melayari manisnya cinta,

siapakah yang akan di persalahkan dalam situasi ini? adakah salah si isteri kerana mengejar impiannya sehingga rumahtangga menjadi taruhan? atau si suami yang tidak memahami dan menambah lagi kecelaan yang ada? atau anak-anak yang mungkin menyusahkan mereka? sekiranya ALLAH tunjukkan jalan, baguslah. sekiranya tidak, sampai bila drama ini di lakonkan mereka? 

Wahai kamu,

Wanita ni lemah lembut sifatnya namun dalam kelembutan mereka berbisa. sebab tu orang suka kaitkan wanita ni umpama bunga mawar. cantik merah dan harum tapi berduri, andai salah langkah kau memetiknya tangan akan berdarah di tusuk duri. oleh itu, hargailah dan sayangilah mereka dari hari kau melafazkan akad buatnya, berikanlah perhatian buat mereka. tunaikan janji yang telah kau beriakn padanya. janganlah sesekali kau abaikan hati dan perasaan mereka. bukan harta yang mereka puja namun cinta dan kasih sayang yang mereka kejari.

Dan lelaki, mereka adalah selayaknya di jadikan sebagai Raja di hati dari mulanya kau menerima lamarannya, sehingga kau menjadi isterinya. tugas dan tanggungjawab tidak pernah habis. tiada penamatnya selagi ikatan itu tersimpul rapi. jangan di abaikan. biar setinggi mana kau terbang mengejar cita-cita mu, jangan kau lupa. dia adalah pemilikmu. jalankan tanggungjawab mu sebaiknya, sayangi dia, cintai zuriatnya agar dia redha akan setiap usahamu dan insyaAllah di setiap apa yang kau lakukan pasti akan mendapat barakahNYA.


Anak-anak pulak, merekalah yang menguatkan sesuatu ikatan rumahtangga. hargailah anugerah ALLAH ini. tidak kira apa pun yang bakal kau lakukan, fikirkanlah keutamaan mereka, betapa hati mereka akan kau guris, betapa mereka akan tersisih andai kisah-kisah scandal ini berlangsung di pementasan hidupmu. Hargai pasangan masing-masing, terima setiap kekurangan seadanya dan hargai kelebihan mereka. insyaAllah..



kisah ni aku kongsikan dengan mendengar kisah-kisah teman sekeliling aku. bukan nak menyalahkan sesiapa. bukan nak menyingkap kesalahan di sebelah mana. tapi sekadar perkongsian dan aku mahu kita sama-sama fikirkan. aku yakin, ada antara kita melalui kisah dan situasi di atas. atau mungkin insan di selkeliling kita tanpa kita sedar. apapun, andain kita tersilap sama-sama di perbetulkan, moga sama-sama kita mendapat ikhtibar.


alhamdulillah, encik cinta seorang suami yang perfect 10. aku bersyukur dia sesempurna seorang suami, sebaik-baik seorang ayah dan dia jugak seorang anak yang bertanggungjawab. syukur...



Tuesday, 24 February 2015

Hina sangat ke..?

As salam..


Manusia oh manusia.. kenapa bab hina menghina selalu menjadi masalah utama dan paling penting manusia macam kita ni memandangkan hina menghina ni sebagai perkara biasa dalam arus kehidupan..

sebagai contoh, aku bukan nak kata aku ni manusia sempurna sesempurna siti khadijah tetapi aku sangat pasti dan yakin yang anak-anak aku sangat sempurna sifatnya. biarpun kesempurnaan itu hanya aku seorang yang nampak. ye, of coz la Encik Cinta pun akan katakan perkara yang sama. Dah tu zuriat dia.. bagi dia mestilah anak-anak dia sempurna setiap sesuatu sifatnya. TAPI...


Tapi... amatlah menjadi kepantangan aku bila orang memaki hamun anak-anak aku. walaupun orang tu punyai ikatan yang sangat kuat dengan aku, Kuat jugak lah kalau sudah aku ni berbintikan dia. kan....


NO... aku tau dan sangat yakin anak aku tak buat salah pun sebabnya anak aku cuma nak MEMBUANG je masa tu dan anak aku nak ke tandas, apa salah yang besar sangat anak aku buat sampai nak di maki hamun budak yang umurnya baru 5 thn tu??


Manusia tak fikir guna akal fikiran yang logik dan waras je sifatnya macam tu, Ya Allah, moga ALLAH ampunkan dosa aku dan dia.. aku sekadar meluahkan.. berkongsi rasa.. aku rasa anak-anak aku layak untuk di sayangi..

Sunday, 22 February 2015

Wasiat Rasulullah S.A.W. = Bab 1



As salam..


Bab 1 dari 111 Wasiat Rasulullah S.A.W. untuk para wanita solehah. 


TAAT KEPADA SUAMI

Di antara tanda-tanda dari wanita yang solehah itu adalah kataatannya kepada suaminya. Taat kepada suami merupakan tempat kedua selain dari taat atau patuh pada larangan dan perintah ALLAH S.W.T. bahkan ketaatannya kepada Allah di ukur sejauh mana dia dapat menyelesaikan kewajipannya kepada suaminya. 

Rasulullah S.A.W. bersabda :

" sesungguhnya seorang isteri belum dapat di katakan telah menunaikan kewajipannya kepada Allah sehingga dia menunaikan kewajipannya kepada suaminya keseluruhannya. Dan jika siuaminya memerlukannya, sedangkan pada waktu itu dia sedang berada di atas kenderaan maka tidak boleh dia menolaknya "
Dalam hadis lain pula ada di terangkan, bahawa siapa sahaja isteri dengan penuh keikhlasan dalam melaksanakan tugasnya sebagai isteri, serta beriman ia kepada Allah, maka ia berhak memperoleh balasan Syurga.

Rasulullah S.A.W. bersabda :

" Jika seorang isteri itu telah menunaikan solat lima waktu, brpuasa di bulan Ramadhan serta menjaga kemaluannya daripada mengerjakan perbuatan haram dan dia taat kepada suaminya, maka akan di persilakanlah dia masuk ke syurga dari pintu mana sahaja yang dia kehendaki "
                                                                                              ( HR. Ahmad dan Thabrani )


Dalam hadis lain pula di terangkan : 

" Apabila seorang isteri meninggal dunia dan suaminya redha kepadanya, maka ia akan masuk syurga"
                                                                                              ( HR. Tarmizi dan Ibn Majah )


Maksud hadis ini ialah, jika seorang isteri yang meninggal dunia dan ketika hidupnya dia tidak pernah mengecewakan suaminya, maka ketika ia mati, ia akan memperoleh balasan syurga. Akan tetapi bagi isteri yang ketika hidupnya tidak melaksanakan tugasnya dengan baik berdasarkan perintah Allah, maka dia akan memperoleh kehinaan di sisi Allah,



Dalam senuah riwayat di terangkan, sesungguhnya telah terjadi di zaman Rasulullah S.A.W., seorang suami pergi berperang meninggalkan isterinya. Ketika akan meninggalkan rumah dia berpesan kepada isterinya, " janganlah kamu meninggalkan rumah sehingga aku pulang dari berperang. "
Pada waktu si suami sedang tiada di rumah, ibu si isteri sakit, Maka si isteri tersebut telah mengutuskan seseorang kepada Rasulullah S.A.W. untuk meminta izin menziarah ibunya. Jawab Rasulullah S.A.W, "tunggulah suami mu pulang, janganlah kau keluar dari rumah " Akhirnya ibu si isteri telah meninggal dunia. Lalu si isteri mengutus lagi seseoarang untuk bertemu Rasulullah S.A.W. bagi meminta izin menziarahi jenazah ibunya. Lalu Rasulullah menjawab, " tunggulah sehingga suami mu pulang, janganlah kau keluar dari rumah ".Setelah itu Rasulullah S.A.W. mengutuskan seseorang kepada si isteri tersebut untuk memberikan berita bahawa ALLAH S..W.T. telah mengampunkan dosa ibunya di sebabkan oleh ketaatannya kepada suaminya.


Oleh itu kesimpulannya, seorang wanita yang solehah itu ialah wanita yang telah sanggup meletakkan sesuatu pada tempat yang benar,. Maksudnya, jika ia sudah bersuami maka yang paling berhak terhadap dirinya adalah si suami melebihi dari ibu dan bapa atau ahli keluarganya yang lain.


Wallahu'alam... 


Renung-renungkanlah para wanita solehah sekalian... 








SHARE ILMU


As salam..

selamat hari Isnin korang.. hari ni aku nak share tentang 2 buah buku fevret aku..
tak jugak habis baca lagi sebenarnya tapi aku harap dengan berkongsi nanti, ilmunya akan sama masuk dalam diri aku.. tak salah berkongsi ilmu kan...??





Mudahnya Menjemput Rezeki dan jugak 111 Wasiat Rasulullah S.A.W. untuk Wanita Solehah.
Buku ni di hadiahkan oleh seorang kawan untuk aku dan jugak makcik aku.  


aku akan kongsikan isi buku tersebut dari satu muka surat ke satu muka surat.. insyaAllah, aku harap bila berkongsi kita akan sama-sama mendapat manfaatnya..