Assalamualaikum..
Berbulan aku tinggalkan halaman blog ni tanpa sebarang entri
terbaru.. bukan tiada idea untuk menulis tapi setiap kali aku mula menaip,
tangan akan terhenti sendiri. Fikiran akan buntu.. entah apa aku fikirkan. Hati
aku bukan lagi di sini.. walaupun TERLALU banyak yang ingin aku kongsikan.
walaupun tiada walau seorang pun follower tapi aku menulis sekadar meluahkan
yang terbuku.. umpama ini adalah diari aku saban hari.
Entah kemana jiwa ini menghilang.. selepas aku melalui detik
kehilangan besar pada 28 March yang lepas. Ya Allah... separuh jiwa aku pergi
bersamanya.. separuh lagi tinggal untuk mereka yang di sayangi. kenapa aku tak
sekuat apa yang orang katakan. kenapa aku tak mampu melupakan setiap satu detik
pun lirikan senyumannya. kenapa aku seakan tidak dapat menerima apa yang ALLAH
tentukan. YA ALLAH....
Sedih aku hanya aku yang tahu.. peritnya hanya aku yang
tanggung.. sakitnya hanya ALLAH yang tahu.. Ujian yang DIA turunkan, aku redha
melaluinya.. namun hati masih sayang.. sentiasa sayang... dan akan selalu
menyayanginya...
MAK, semoga mak damai di sana... Al-Fatihah..
No comments:
Post a Comment