As salam..
Bab 1 dari 111 Wasiat Rasulullah S.A.W. untuk para wanita solehah.
TAAT KEPADA SUAMI
Di antara tanda-tanda dari wanita yang solehah itu adalah kataatannya kepada suaminya. Taat kepada suami merupakan tempat kedua selain dari taat atau patuh pada larangan dan perintah ALLAH S.W.T. bahkan ketaatannya kepada Allah di ukur sejauh mana dia dapat menyelesaikan kewajipannya kepada suaminya.
Rasulullah S.A.W. bersabda :
" sesungguhnya seorang isteri belum dapat di katakan telah menunaikan kewajipannya kepada Allah sehingga dia menunaikan kewajipannya kepada suaminya keseluruhannya. Dan jika siuaminya memerlukannya, sedangkan pada waktu itu dia sedang berada di atas kenderaan maka tidak boleh dia menolaknya "
Dalam hadis lain pula ada di terangkan, bahawa siapa sahaja isteri dengan penuh keikhlasan dalam melaksanakan tugasnya sebagai isteri, serta beriman ia kepada Allah, maka ia berhak memperoleh balasan Syurga.
Rasulullah S.A.W. bersabda :
" Jika seorang isteri itu telah menunaikan solat lima waktu, brpuasa di bulan Ramadhan serta menjaga kemaluannya daripada mengerjakan perbuatan haram dan dia taat kepada suaminya, maka akan di persilakanlah dia masuk ke syurga dari pintu mana sahaja yang dia kehendaki "
( HR. Ahmad dan Thabrani )
Dalam hadis lain pula di terangkan :
" Apabila seorang isteri meninggal dunia dan suaminya redha kepadanya, maka ia akan masuk syurga"
( HR. Tarmizi dan Ibn Majah )
Maksud hadis ini ialah, jika seorang isteri yang meninggal dunia dan ketika hidupnya dia tidak pernah mengecewakan suaminya, maka ketika ia mati, ia akan memperoleh balasan syurga. Akan tetapi bagi isteri yang ketika hidupnya tidak melaksanakan tugasnya dengan baik berdasarkan perintah Allah, maka dia akan memperoleh kehinaan di sisi Allah,
Dalam senuah riwayat di terangkan, sesungguhnya telah terjadi di zaman Rasulullah S.A.W., seorang suami pergi berperang meninggalkan isterinya. Ketika akan meninggalkan rumah dia berpesan kepada isterinya, " janganlah kamu meninggalkan rumah sehingga aku pulang dari berperang. "
Pada waktu si suami sedang tiada di rumah, ibu si isteri sakit, Maka si isteri tersebut telah mengutuskan seseorang kepada Rasulullah S.A.W. untuk meminta izin menziarah ibunya. Jawab Rasulullah S.A.W, "tunggulah suami mu pulang, janganlah kau keluar dari rumah " Akhirnya ibu si isteri telah meninggal dunia. Lalu si isteri mengutus lagi seseoarang untuk bertemu Rasulullah S.A.W. bagi meminta izin menziarahi jenazah ibunya. Lalu Rasulullah menjawab, " tunggulah sehingga suami mu pulang, janganlah kau keluar dari rumah ".Setelah itu Rasulullah S.A.W. mengutuskan seseorang kepada si isteri tersebut untuk memberikan berita bahawa ALLAH S..W.T. telah mengampunkan dosa ibunya di sebabkan oleh ketaatannya kepada suaminya.
Oleh itu kesimpulannya, seorang wanita yang solehah itu ialah wanita yang telah sanggup meletakkan sesuatu pada tempat yang benar,. Maksudnya, jika ia sudah bersuami maka yang paling berhak terhadap dirinya adalah si suami melebihi dari ibu dan bapa atau ahli keluarganya yang lain.
Wallahu'alam...
Renung-renungkanlah para wanita solehah sekalian...

No comments:
Post a Comment