Apa khabar semua?
Aku rindu nenek aku.
Dah 2 bulan aku tak tengok nenek.Sejak aku pindah dari Selayang ke rumah baru. Asyik call tak nampak depan mata. walhal Selayang dengan Bukit Sentosa bukan jauh mana pun. hanya 30 minit je. Entah apa sebabnya hati aku sangat-sangat malas nak ke sana, Tapi aku rindu nenek. Lagipun Encik Cinta sibuk dengan kerja. Weekday aku sibuk menguruskan anak-anak ke sekolah. Weekend pulak Encik Cinta bekerja. Cutinya setiap Rabu yang mana anak-anak pagi petang ke sekolah sebab aktiviti kokurikulum.
Tapi sebenarnya... Lebih kepada..
Aku sangat-sangat terasa bila hal anak-anak aku yang tengah melasak nak membesar tu sering sangat di perkatakan oleh sedare mara sebelah sana. Especially mak sedare aku. Macam dia takda anak pulak kan. sedangkan anak-anak dia pun msih aku ingat tahap kenakalan dia, Mana ada budak nak duduk diam even 5 minit. Ada orang kata, budak kalau diam tu maknanya dalaman dia bermasalah atau keluarga ynag bermasalah, kenapa aku nak kena halang anak-anak aku explore dunia ni sedangkan sifat kanak-kanak memang macam tu. nak belajar semua benda dan nak alami pengalaman yang pelbagai. aku sendiri pun tak paham lah. anak korang behave sangat ke..??
Semalam Encik Cinta kata Khamis ni dia cuti. kebetulan cuti CNY so aku nak ke selayang jemput nenek dan maklong aku bawak balik rumah. Maklong pun cuti 4 hari, boring katanya. Tak sabar aku nak tunggu diorang datang. Macam dah lama sangat tak jumpa gayanya. huhuhu..
Ya Allah,
Aku tidak pasti entah kan berapa lama lagi kesempatan yang kau berikan kepada kami untuk terus bersamanya. Entah kan berapa lama lagi akan kau pinjamkan nikmat kasih sayang ini untuk kami kongsikan bersamanya. Namun, aku berharap agar kau kurangkan kesahitan yang dia rasai, keperitan yang di tanggungnya, kesengsaraan yang di pikulnya agar dia mampu menghabiskan sisa-sisa kehidupan dengan rasa bahagia besama kami.
Jika boleh, kau berikan sedikit rasa sakit, perit dan pedih itu untuk kami sama kongsikan bersamanya. Biar kami tahu betapa dia sedang menahan rasa itu yang dia sendiri tidak pasti entah kan sampai bila. Kami akan selalu mendoakan agar kesihatan akan selalu mengiringi hari-harinya yang tersisa. Namun andai tiba hari itu nanti, kami akan melepaskannya dengan redha agar kau menjaganya di SANA nanti.
Amin.

No comments:
Post a Comment